Kelas ICT – Membuat Poster Selamat Hari Gawai dan Kuiz Selamat Hari Gawai

21 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas ICT kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Words.

Dalam sesi pertama kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka Microsoft Office Words dan kemudiannya mencari idea untuk membuat Poster Selamat Hari Gawai di laman web Google. Mereka dikehendaki memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan Hari Gawai dan memuat turun gambar tersebut untuk dimuat naik ke Microsoft Words masing-masing. Peserta kemudiannya manaip nama masing-masing di atas poster yang telah siap dibuat.

Pada sesi kedua pula, peserta telah menjawab kuiz yang berkaitan dengan Selamat Hari Gawai. Terdapat 5 soalan yang dipaparkan dan mereka dikehendaki untuk menjawab kesemua soalan berkenaan. Markah akan dipaparkan setelah peserta selesai menjawab semua kuiz.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali